BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 28, 2010

sumber inspirasi..=) ♥

diambil dari petikan myMetro



SHAH ALAM: “Paling penting belajar mesti konsisten,

baru boleh berjaya

dalam apa juga bidang yang kita ambil. Selain itu,

setiap hari saya mesti

baca al-Quran dan solat hajat, bagi mendapat

keberkatan dalam menuntut

ilmu,” kata Dr Nur Azah Mohd Isa, 24, penerima

Anugerah Seri Paduka

Baginda Tuanku Canselor, pada Istiadat

konvokesyen ke-73 Universiti

Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Pelajar Sarjana Muda Perubatan dan

Pembedahan kelas pertama itu dipilih

sebagai penerima anugerah graduan terbaik

UiTM 2010 di atas pencapaian

luar biasa dalam akademik dan kokurikulum

sepanjang lima tahun menuntut di situ.


Paling menarik, anak jati Kuala Lumpur itu

turut memperoleh A+ dalam semua

kertas ujian yang diambil. Dr Nur Azah berkata,

dia juga kerap berhubung dengan

keluarga, terutama ibunya, Khairiah Mohd Shariff,

54, bagi mendapat keredaan

dalam pelajaran dan bidang yang diceburi.

“Belajar perubatan memerlukan usaha yang

konsisten, kerja keras dan

pengorbanan.


“Saya juga banyak mendapat inspirasi daripada

pembacaan mengenai

Nabi Muhammad, sirah Nabi dan sahabat

baginda yang bertungkus-lumus

menyebarkan Islam memberi inspirasi

mengenai kejayaan yang sebenar,”

katanya yang kini menjadi doktor pelatih di

Hospital Tengku Ampuan Rahimah

(HTAR), Klang.


Walaupun sibuk dengan kerja harian, ia

tidak menghalangnya bergiat aktif dalam

aktiviti persatuan dan kerap membabitkan

diri dalam kerja komuniti, selain

menghadiri simposium perubatan.

Beliau juga berhasrat melanjutkan pelajaran

dalam bidang perubatan dalaman

terutama dalam penyelidikan onkologi

mengenai rawatan penyakit kanser.


“Cita-cita saya mahu menjadi pakar

perubatan Muslim yang terbaik.

“Sekarang ini tak ramai pakar perubatan

Muslim yang benar-benar hebat

dalam bidang diceburi,” katanya yang juga

anak kedua daripada lima beradik.


Ditanya mengenai pahit maung sepanjang

bergelar mahasiswa, Dr Nur Azah

berkata, belajar perubatan di UiTM dia

terpaksa mengorbankan masa dengan

keluarga dan kawan-kawan, apatah lagi

untuk bersosial.


Bagi pelajar jurusan lain, kebiasaannya

mereka akan mendapat cuti dua

bulan, tetapi kami hanya dua minggu,” katanya.


0 souvenirs: